Wednesday 17 August 2011

Angka bulat bulat melintang.

Jangan terlalu gembira jika memperoleh sesuatu

juga..

Jangan terlalu sedih bila kehilangan sesuatu.

Kerna hidup harus seimbang,jika tidak pasti akan kucar kacir.

jasad kontang jiwa kelabu.

sesunguhnya,
berbuat baik akan dibalas
dengan kebaikan.

Lumrah manusia,

jika dulu aku pernah menghulur bantuan kepada DAUD,

alhamdulillah..

Hari ini BALQIS menghulurkan bantuan Kepadaku.

Aku mula berani menarik nafas dalam-dalam sampai kembong perot.

Tuesday 16 August 2011

lautan mati.

Hidup ini jika lalai
dari melakukan
perintahnya,
pasti akan tewas.

Sehebat mana kita,
itu adalah tanda kita diuji,

jika alpa..

Aku pasti,kita semua akan
lalui seperti mana kaum
yg dilakhnat suatu masa dahulu.
(mendaki ramadhan17)

Monday 15 August 2011

Senyuman di awal pagi 16ramadhan.

06.40am.

ploooiit ploooitt plooitt

handphone norkia aku
digegarkan getaran isyarat text mesej.ibu jari lincah laju membuka kekunci..

Tersenyum sendiri..

Mesej yang
mengingatkan aku,
Sedar tak sedar,
sudah 3tahun berlalu,
aku tiada teman mengadu perasaan zahir ini.

Yes..
Aku berjaya menjadi lelaki kalis cinta,hahaha

Memang manusia perlu untuk diberi mahupun menerima rasa kasih walaupun secubit rasa.

Kau bikin subuh aku rasa dihargai.

Terima kasih kawan.

Denyutan nadi di taman gelora.

Aku tidak hirau jika dipinggir oleh kau,
kelak mati,hanya aku
sendirian di alam barzakh.

Aku tidak memaksa untuk kau bersahabat denganku,kerna
memang manusia mencari teman yang terbaik adalah normal.

Aku sedia memaafkan kau jika kau menarik diri untuk mendampingi jasad yang tiada beharga ini.

Siapalah aku disebalik contact lens hitam kau??

aku...
adalah tin kosong yang diketuk berbunyi nyaring.

air mata perisa ramadhan.

hari ini,
15ramadhan,
hati ini girang bersama
air mata yang penuh
kesukuran.

Biarlah orang teruja
mehitung ketibaan,
kehadiran hari raya
kelak.

Tapi aku,
melihat ayah,kembali pulih
adalah lebih bermakna.

Alhamdulillah.

miliku hanya dosa bersama secebis pahala.

Bila kau senang,
jangan berhenti
mengingati padanya.

Kerana,
kesenangan yang
ada bukan milik kau
selamanya..

Apa yang kita ada di
dunia,bukan untuk
dimiliki selama-lamanya.

hidup dan mati
hanya allah s.w.t yang tentukan.

Sunday 14 August 2011

here kota baru with love.

aku tak mampu
menyelinap ke dalam
hidup mu zaty.

Tetapi
tenungngan mata mu
yang berwarna keperang-perangan,tepat pada anak mataku.

Aku tahu,
kisah derita kau dahulu,
masih berlegar di sudut
hati.

Moga
kau percaya,setiap yang berlaku sudah termaktub di dalam sebuah ketentuan.

debu petang.

Bila kau menyetuhku
untuk menyelamatkan
dirimu,maka
benarlah tulang2 rusuk
kanan golongan mu
adalah pada golanganku
yakni kaum Adam.

pahit kopi o.

aku pernah bercinta
dengan gadis yang cantik malah menawan bagi sepasang mata yang memandang,
namun akhirnya aku serik untuk bercinta lagi.. :(
Kau tahu mengapa?
Kerana cantik tidak cukup untuk menjamin kebahgian aku untuk di masa hadapan.
Biarlah keikhlasan membanjiri sepanjang pejalanan hidup,janganlah bersandarkan pada rupa paras semata-mata.

dari pokok turun ke akar umbi.

wajah yang dianugerah
cantik juga berseri,
biarlah diselaras dengan
hati budi yang tak kalah
dengan rupa paras.

Friday 12 August 2011

mariam a k a meriam buluh.

malas betol rasa,
keluhan kecil dari
hati berkata..

Walhal nak bangun,
then mencapai
handphone nokia 3310
milik aku
yang rancak bedering..

'mariam bajet hot'

Hrmm dia ni lagi..
Lalu aku
menjawab panggilanya
dengan lemah..

Aku:salam beb..
Mariam:hye comot :(
aku:demm la ko,salam xjwb,comot pakcikau.ermm,kol 3pagi ni col aku,apahal??ko nak beranak ke ape?
Mariam:ermm,sori la 3pg awal lg kot..aku sbnarnye hrmm sbenarnye..
Aku:ape sebenarnye weh??
Mariam:Tutt tutt tutt tutt

xguna mariam,ganggu tidur lena aku!!

Thursday 11 August 2011

dengar sambil membaca.agak bingit tapi menenangkan.

peace!!

pepsi soda bergas kelabu.


semalam
dia menyayangi ku.

Semalam
dia merindui ku.

Semalam
dia menyetuh ku.

Dan Semalam
dia medakap ku erat
lalu membisik palsu.

Kudis-kudis kelibat.


hidup harus kuat,
deselubung mimpi hebat,
kalah di tangan jebat,
meratap tiada tempat.

Dan
jangan sahaja melihat,
tatkala orang lain bersilat,
jangan kau bermuslihat,
kau duduk sambil melihat,


sesungguhnya
aku benci kau wahai bernama keparat!

Wednesday 10 August 2011

Tanggang zaman screen touch!!


Kita
sebagai anak
harus
ambil berat
hal
ibu bapa.

Takkan
labur RM1
credit
telefon bimbit
bertanyakan

'mak sehat? ayah sehat?'

tak boleh?
Susah ke?

kalau
tak pandai,
meh aku ajar
free of charge beb!!

Hey..
Pasal perempuan,
sampai overdose
kau bergayot
sial.

Aku just
ingatkan.

Jangan
sampai satu
masa,
kau tersungkur
mengcungkil
tanah bertanda
batu putih,
menyesal pun
TAK GUNA!!

ingatkan aku okeyy!!

aku,
tak perlukan
tidur yang
lena.

Kerna,
lena bisa
bikin aku
alpa tengtang
apa harus
aku langsaikan
di dunia
yg rakus
ini.

sahabat gula dalam kehidupan aku!

Malek,
aku harap
kau tenang
disana.

Maafkan aku,
xbisa menemani
kau,seperti
kau menemani
malam2
waktu aku
excident dulu,
waktu yang
aku hampir
hilang segalanya.

Tiada lg
sahabat
sehebat kau
ku temui
di kala ini..

Cuma yang
aku ada
adalah
bayangan
senyum kau,
juga coretan
peningalan
di meja
tempat aku
mengulang kaji
yg tertulis

'aku manusia yang tak mampu belari untuk kekayaan,aku hanya ada ibu untuk aku bahagiakan-malik'

al-fatihah.

Tuesday 9 August 2011

selekoh tajam tanpa pedal break..

Kekuatan,
hadirlah kau,
ke dalam
jasad ini.



Kerna kelemahan
telah nyenyak
tidur,juga
bersemadi
simpul bersama
jasad.

Tetapi,
aku percaya,
setiap
penyakit ada
ubatnya.


Suatu masa
pasti,
jasad ini
bangun
meniti kental
lencongan tajam
di bulatan
hidup.

angin pagi.


tadi,
temanggu
di kerusi
merah jambu.

Fikiran,
terbang jauh
melayang.

Aku rindu.

Moga,
ayahku
kembali sembuh.

Sunday 7 August 2011

pertama.

tiada kata secantik bahasa.