Tuesday 30 October 2012

qorbank. 2012.

23 kali gua rasa perasaan ini,
tatapan sayup-sayup mak,
herotan senyuman ayah,

tanpa pengorbanan,
tak keluar gua ke dunia.

walaupun bukan kemahuan
gua,

gua cuba hadap..

terima kasih semua..

korbankan senyuman,
korbankan masa,
korbankan rasa hati,

untuk gua,

raya korban 2012.
bentong-pahang.

Monday 17 September 2012

Aduan beralamat tenang.

Jauh di sudut hati ini
 sunyi tiada teman wanita
 untuk mengadu nasib,

tetapi ALLAH,
 masih membuka luas ruang,
 untuk tempat kita semua,
mengadu dan dia lebih tahu,
 segalanya.

singlet merah.

tadi,
kerja untuk orang,

tadi,
ketawa untuk orang

tadi,
menangis untuk orang,

semoga,
aku mati esok,
biarlah untuk dia.

ampunkan aku,
tuhan.

Saturday 15 September 2012

masin.

ketawa,
tanpa kata,
gila.

menangis,
tiada air mata,
buta.

cinta,
esok lupa,
syaitan.

kahwin,
ada bahagia,
kalau.

melancap,
tiada mani,
mandul.

bodoh.

Sebelum menikam selepas.

sebelum

ya sayang,
aku tak kesah sayang,
aku sanggup sayang,
apa sayang?
kenapa sayang?
apa tu sayang?
eh sayang..

aku ni da lama hidup susahkan orang,
termasuk orang yang pernah aku sayang..

kau tahu apa yang aku nak??
tahu ke tak ni??

sebelum aku menekan kau lebih teruk..
lebih remuk,
lebih kejam,

aku rela
ya rela..

kita semua tiada apa2..

kau katalah aku,
celaka,
sial,
suck,
shit,

aku rela..

selepas.

semoga selepas kejadian,

nanti aku pulang ke mayat,

kau hadir dan mendoakan aku..

tiada benci lagi masa itu,
okay.

lelaki kurab.


                                                                                                                           pok diksen.

Wednesday 5 September 2012

Apa yang aku rasa 23 tahun hidup.

23 tahun berlalu.
ya masih muda.

namun siksa siksa.
ya siksa siksa.

sedutan nafas masih sama,
60 kali nadi berdetik,

23tahun.

lama rasanya hidup.

hampir beberapa kali
mahu mati,

namun masih juga 23.

moga tiada 24.

kerna hidup semuanya kejam.

Wednesday 22 August 2012

jilbab kau plastik.

tahi yang dahulu,
kau tutup dengan jilbab,

kau tampak anggun,
dengan jilbab,

namun kau masih
bertina di sebalik
jilbab,

kau bukanlah
jilbab ku..

Friday 10 August 2012

rindu untuk depa..

mak
tidur bermalam2
terbayangkan..

ayah
setiap subuh,
aku rindukan..

apalah aku..

mereka cuma ada sekali..

tidak juga aku rebutkan masa.

mak ayah.
sudah penat hidupku melarat..

moga-moga
perginya aku sebelumnya..

aku sayangkan depa

jumaat-21 ramadan.0930 mlm.
ponteng terawih.

Saturday 4 August 2012

ya akulah,siapa lagi

mata,
hati
mulut,

memang dicipta
untuk merasa.

namun apalah maknanya
andai semua,

dipasung.

nyawa dikunci
hidup ditanam.

Friday 3 August 2012

angin sepoi kelongsong port dickson.


semoga,
sasaran menerjah riang,
menylinap lohong2,
jerangkap samar.
aman tidak seharusnya damai.

rice cooker dari rawang

Di pintu tren ada senyuman,
cumanya aku yg nampak,
itu cerita lama,
sekarang lain ceritanya.

belari anak keliling kepong,
dicubit senja menerkam hari,

aku tahu,

esok lusa,
siapalah yang kenal ajal kita.
moga ramadhan di umur
kali ini..

aku sempat mengucup
mak ayah.

dan

rasa rindu tak pernah menipu.

Wednesday 1 August 2012

kemampuan tuan puan

mandi
ya basah segalanya,
aku sejuk..

hidup
ya hidup,
kalau xmahu hidup..
mati sajalah.

dan

komitmen
aku buntu untuk itu,
hidup kontang,
mata buntang,
menatang hari,
cuma untuk siang.

akhirnya malam..

Tuesday 31 July 2012

dahulu terfikir sebegini.hari ini aku hadiahkan untuk 55 tahun.


Ketika Kau Telanjang Bogel.

ketika kau melambaikan tangan,
masih ramai yang menderita.

Ketika kau melemparkan senyuman,masih ramai yang menangis terseksa.

Ketika kau meludahkan kata-kata,aku,dia,mereka masih berselubung sengsara.

Ketika kau agung manipulasi kuasa sendat,suatu masa kau pasti diketawa dengan sandiwara tiada bicara.

jika tiada apa2 itulah..

selam hari,
meniti angin,
cahaya mentari menembak diri,
nikmat terasa,
kosong tatkala,
ya..
ada perasa,
namun apalah daya,
dua kerat tangan,
dua kerat kaki,
kerat sahaja leher ini.

Sunday 10 June 2012

luahan otak menghimpit tengkorak

masih lagi hidup
menjalani waktu,
meneliti wajah2,
menghirup bau,
menjengkal jari,

sebenarnya dunia
masih lagin mengawan
diriku
dengan kejam.

Tuesday 10 April 2012

Sesuatu yang berbisa tamat tempoh

tik tok tik tok
detik beganti silang
siang beragnti malam.

apa yang pasti,
rakyat menanti siang
tentera menunggu perjuang
raja menanti wang

dan

aku cuma disini
terkini
masih tiada berbini..






Tuesday 27 March 2012

membina rumah mengukir tangga.

dunia bila ikot rentak,
berak pun xda masa.

aku bediri berguling,
jarang merasa.

naik turun,
cuma terbeliakan biji mata.

maaf blog catatan,
aku rindu kau..

cuma..

aku hamba wang..
tiada wang tiada kau.

ada masa lg aku belai
kau cukup2.