Friday, 3 August 2012

angin sepoi kelongsong port dickson.


semoga,
sasaran menerjah riang,
menylinap lohong2,
jerangkap samar.
aman tidak seharusnya damai.

rice cooker dari rawang

Di pintu tren ada senyuman,
cumanya aku yg nampak,
itu cerita lama,
sekarang lain ceritanya.

belari anak keliling kepong,
dicubit senja menerkam hari,

aku tahu,

esok lusa,
siapalah yang kenal ajal kita.
moga ramadhan di umur
kali ini..

aku sempat mengucup
mak ayah.

dan

rasa rindu tak pernah menipu.

Wednesday, 1 August 2012

kemampuan tuan puan

mandi
ya basah segalanya,
aku sejuk..

hidup
ya hidup,
kalau xmahu hidup..
mati sajalah.

dan

komitmen
aku buntu untuk itu,
hidup kontang,
mata buntang,
menatang hari,
cuma untuk siang.

akhirnya malam..

Tuesday, 31 July 2012

dahulu terfikir sebegini.hari ini aku hadiahkan untuk 55 tahun.


Ketika Kau Telanjang Bogel.

ketika kau melambaikan tangan,
masih ramai yang menderita.

Ketika kau melemparkan senyuman,masih ramai yang menangis terseksa.

Ketika kau meludahkan kata-kata,aku,dia,mereka masih berselubung sengsara.

Ketika kau agung manipulasi kuasa sendat,suatu masa kau pasti diketawa dengan sandiwara tiada bicara.

jika tiada apa2 itulah..

selam hari,
meniti angin,
cahaya mentari menembak diri,
nikmat terasa,
kosong tatkala,
ya..
ada perasa,
namun apalah daya,
dua kerat tangan,
dua kerat kaki,
kerat sahaja leher ini.

Sunday, 10 June 2012

luahan otak menghimpit tengkorak

masih lagi hidup
menjalani waktu,
meneliti wajah2,
menghirup bau,
menjengkal jari,

sebenarnya dunia
masih lagin mengawan
diriku
dengan kejam.

Tuesday, 10 April 2012

Sesuatu yang berbisa tamat tempoh

tik tok tik tok
detik beganti silang
siang beragnti malam.

apa yang pasti,
rakyat menanti siang
tentera menunggu perjuang
raja menanti wang

dan

aku cuma disini
terkini
masih tiada berbini..