Tuesday, 31 July 2012

dahulu terfikir sebegini.hari ini aku hadiahkan untuk 55 tahun.


Ketika Kau Telanjang Bogel.

ketika kau melambaikan tangan,
masih ramai yang menderita.

Ketika kau melemparkan senyuman,masih ramai yang menangis terseksa.

Ketika kau meludahkan kata-kata,aku,dia,mereka masih berselubung sengsara.

Ketika kau agung manipulasi kuasa sendat,suatu masa kau pasti diketawa dengan sandiwara tiada bicara.

jika tiada apa2 itulah..

selam hari,
meniti angin,
cahaya mentari menembak diri,
nikmat terasa,
kosong tatkala,
ya..
ada perasa,
namun apalah daya,
dua kerat tangan,
dua kerat kaki,
kerat sahaja leher ini.

Sunday, 10 June 2012

luahan otak menghimpit tengkorak

masih lagi hidup
menjalani waktu,
meneliti wajah2,
menghirup bau,
menjengkal jari,

sebenarnya dunia
masih lagin mengawan
diriku
dengan kejam.

Tuesday, 10 April 2012

Sesuatu yang berbisa tamat tempoh

tik tok tik tok
detik beganti silang
siang beragnti malam.

apa yang pasti,
rakyat menanti siang
tentera menunggu perjuang
raja menanti wang

dan

aku cuma disini
terkini
masih tiada berbini..






Tuesday, 27 March 2012

membina rumah mengukir tangga.

dunia bila ikot rentak,
berak pun xda masa.

aku bediri berguling,
jarang merasa.

naik turun,
cuma terbeliakan biji mata.

maaf blog catatan,
aku rindu kau..

cuma..

aku hamba wang..
tiada wang tiada kau.

ada masa lg aku belai
kau cukup2.

Wednesday, 17 August 2011

Angka bulat bulat melintang.

Jangan terlalu gembira jika memperoleh sesuatu

juga..

Jangan terlalu sedih bila kehilangan sesuatu.

Kerna hidup harus seimbang,jika tidak pasti akan kucar kacir.

jasad kontang jiwa kelabu.

sesunguhnya,
berbuat baik akan dibalas
dengan kebaikan.

Lumrah manusia,

jika dulu aku pernah menghulur bantuan kepada DAUD,

alhamdulillah..

Hari ini BALQIS menghulurkan bantuan Kepadaku.

Aku mula berani menarik nafas dalam-dalam sampai kembong perot.